Kata-kata Aluan Pengetua
 
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh,

 
       Saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah
dan kurniaNya, Laman Web Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Abdullah
selamat dihasilkan dan dilancarkan.

 
        Dengan adanya laman web ini maklumat sekolah dengan lebih mudah
diperolehi oleh pihak yang memerlukan terutamanya para ibubapa, bekas-bekas
pelajar dan mereka yang berminat untuk mengikuti perkembangan sekolah. Bagi
pihak sekolah pula laman web ini merupakan satu saluran yang terkini, cepat dan
mudah untuk menyebarkan maklumat sekolah sama ada untuk guru-guru, pelajar,
ibu bapa, jabatan dan lain-lain pihak yang berminat.

 
        Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang
terlibat dalam menghasilkan laman web ini. Terima kasih khas kepada Cikgu
Abu Zaid Zakaria yang telah menjadikan impian sekolah untuk mengadakan
laman web sendiri satu kenyataan.

 
Sekian, terima kasih.

 
      
 
PN. HJH. NORLIAH BT. WAHAB
Pengetua
SMK Raja Abdullah
Kuala Lumpur