Make your own free website on Tripod.com
TOKOH SEKOLAH
 
RAJA ABDULLAH BIN JAAFAR

 
Raja Abdullah bin Jaafar ialah anak kepada Raja Jaafar iaitu adik kepada Raja Juma'at
yang pernah memerintah negeri Selangor. Raja Abdullah memerintah Kelang dan Ampang.
Beliau adalah orang yang pertama membuka lombong bijih timah di Kelang dan Ampang.
Ampang telah maju ke hadapan hasil daripada usaha Raja Abdullah yang telah
memperkenalkan lombong bijih timah di negeri itu.

 
Raja Abdullah menetap di Kelang, tempat yang bernama Pengkalan Batu. Beliau telah
memperisterikan Puteri Khatijah, puteri Raja Haji Ibni Almarhum Sultan Ibrahim.

 
Raja Abdullah telah menghapuskan hak istimewa anak-anak Raja dari membayar cukai
dan ini adalah suatu perkara yang diutamakan dalam pemerintahannya. Beliau juga
adalah orang yang pertama membawa orang Cina dari negeri Cina bekerja di lombong
bijih timah di Ulu Kelang.

 
Raja Abdullah juga pernah berperang dengan Raja Mahadi kerana Raja Mahadi enggan
membayar cukai ke atas candu yang dibawa masuk oleh ke Kelang. Peperangan ini
berakhir selepas 2 tahun berperang apabila dicampur tangan oleh sultan-sultan negeri
yang lain.