Make your own free website on Tripod.com
Dr. Choo Kai Fook (MBBS Singapore)

 
Dr. Choo dilahirkan di Pulau Pinang dalam tahun 1932. Beliau belajar di Sekolah
St. Xaviers di Pulau Pinang dan kemudian melanjutkan pelajaran di Universiti Singapura.
Beliau telah mendapat Ijazah sebagai seorang doktor dalam tahun 1960 dan terus
berkhidmat di Hospital Besar Pulau Pinang selama 3 tahun. Dalam tahun 1963, beliau
berkahwin dengan seorang guru dan berpindah ke Kuala Lumpur. Beliau telah membuka
sebuah klinik sendiri di Kampung Batu.

 
Dr. Choo mula melibatkan diri dengan Sekolah Menengah Batu dari mula-mula sekolah
ini ditubuhkan. Beliau pada mula berpendapat, penubuhan sekolah ini hanyalah untuk
penduduk-penduduk kawasan Batu terutamanya Jinjang. Kawasan Jinjang pada mulanya
merupakan kawasan kampung baru yang ditubuhkan oleh kerajaan ketika itu. Oleh kerana
penduduk-penduduk Jinjang menghadapi banyak masalah dengan anak-anak mereka,
beliau berpendapat sekolah ini mempunyai masalah yang besar iaitu disiplin pelajar.
Oleh yang demikian, pengetua-pengetua pertama, kedua, ketiga terpaksa menangani
masalah tersebut dengan tegas.

 
Pada bulan April, 1976, Jabatan Pendidikan telah melantik Dr. Choo Kai Fook dan dua
lagi orang terkenal dari daerah Batu sebagai Ahli Lembaga Gaboner Sekolah itu. Lembaga
ini membantu dalam pengelolaan sekolah terutamanya hal-hal kewangan.