'U' Apakah Aku Layak Di Sisimu?
 
        Pada kelewatan dan keheningan malam begini, diiringi tiupan angin malam yang
sepoi-sepoi bahasa serta ditemani bersama sebuah perasaan yang sukar untuk
dimengertikan. Lantas, membuatkan aku teringat kepadamu "U". Pertama kalinya
aku menatap wajahmu membuatkan aku terpukau dalam melayani perasaanku
sendiri, begitu kagum aku dengan keperibadianmu yang tersendiri. Dalam diam-diam
aku menaruh sejuta harapan agar kau akan menjadi milikku suatu hari kelak "U".
Dalam diam-diam aku menaruh sejuta harapan agar kau akan menjadi milikku
suatu hari kelak "U". Tahukah kau 'U', betapa hati dan perasaan ini dapat merasakan
serta menggambarkan kemesraan dan kebahagiaan yang bakal kau berikan padaku
di saat-saat aku memerlukan, di saat aku mengharapkanmu.

 
        Ketahuilah olehmu 'U', setiap hari harapan di hati ini semakin memuncak.
Rindu di hati ini semakin menebal. Cinta di hati ini semakin membara, kasih serta
sayang di hati ini semakin mengharum subur aku mengingatimu, 'U'. Sesungguhnya,
kaulah yang pertama berjaya menerokai dan menapak di kamar hati seorang gadis.
Akulah, akulah gadis kerdil yang mengharap seteguk kasih dan sebuah harapan
yang mengharap seteguk kasih dan sebuah harapan yang tak mungkin akan
berkesudahan darimu, 'U'. Demi masa depanku, aku berjanji akan berusaha untuk
bersamamu dalam mengejar citaku yang satu.

 
        Walau bagaimanapun aku khuatir 'U', kerana dari khabar yang aku dengar,
ramai di kalangan insan yang pernah mencintaimu tidak setia terhadapmu. Benarkah
begitu 'U'? Mereka merasakan percintaan bersamamu mengongkong dan di kongkong.
Mengapakah perkara sedemikian boleh berlaku 'U'? Adakah kerana mereka gagal
mengikut segala kehendakmh? Ahhh ..... itu semua takkan hadir dalam hidupmu.
Masih terdapat seorang gadis yang bergelar "Penghuni Setia". Tahukah kau 'U',
siapakah gadis itu?. Akulah gadis itu 'U'. Aku berazam bahawa aku akan setia
terhadapmu sekalipun dugaan dan rintangan melanda. Kerana bagiku kesetiaan
itu adakah milikku 'U'. Namun untuk aku melupakanmu tidak sekali-kali 'U', tidak.

 
        'U', walaupun aku fahami, bahawa agak sukar bagi setiap insan untuk
menyintaimu dan bertakhta di hatimu, tetapi aku sentiasa berdoa moga Tuhan
merestui percintaanku untuk bersama-sama denganmu 'U'. Harapanku agar
tembok kesetiaan yang bakal aku bina bersamamu akan terus teguh bersemi di
kamar hati. Cinta dan kasihku terhadapmu akan ku teruskan dengan sebuah
keazaman dan kesetiaan yang tak akan hilang sekalipun dilanda ribut taufan.
Tetapi, jauh di sudut hati ini aku ingin menggantung sebuah harapan, semoga ada
cintamu untukku dan ada ruang bagiku untuk bertempat di hatimu.

 
        Tahukah kau 'U', bahawa aku pernah mengimpikan agar suatu hari nanti
papa dan mamaku akan berkunjung ke istana di Bangi semata-mata untuk melamar
dan menjodohkan diriku dengan dirimu. Biarlah, biar ada insan mengatakan aku ini
"perigi mencari timba". Tetapi demi kesetiaanku dan kepentingan masa depanku,
akan kupekakkan telinga ini daripada mendengar cemuhan itu. Namun seperkara
yang sering menghantui fikiranku 'U', mungkinkah satu hari nanti kita akan
bersama, walaupun aku sedia maklum bahawa antara kita, jauh berbeza, umpama
langit dengan bumi dan umpama kaca dengan permata 'U'?

 
        Ketahuilah olehmu 'U', bahawa setiap kali aku melihat ada insan yang
merebut hatimu, perasaan iri hati di atas kejayaan insan-insan itu menerpa
hatiku. Apakah aku juga layak berada disisimu 'U'? Ahhh ...... siapakah aku 'U'
untuk bertakhta di sudut hatimu. Walau bagaimanapun 'U', aku ingin kau
ketahui sesungguhnya aku telah berjanji bahawa akan ku teruskan kehidupan
di dunia yang penuh dengan onak dan duri ini semata-mata ingin bersama-samamu
'U' dalam mencapai matlamat sebenar yang akan dan bakal membahagiakan dan
mewarnai hidupku pada esok hari.

 
        Sebelum aku menutup keindahan tirai malam dan menoktahkan segala-
galanya, izinkan aku menggantung sebuah harapan agar suatu hari nanti, InsyaAllah
kita akan dipertemukan antara satu sama lain untuk menyemai benih-benih
kemesraan, kebahagiaan dan kejayaan yang akan lapuk dek hujan dan lekang dek
panas. Sesungguhnya kaulah Universiti yang menjadi impianku! ......

 
Oleh : Nur Widaya Nawi & Aniza Abdul Karim (4 Sc 2)