Kenangan Silam
 
        Kehijauan kawasan persekitaran tasik amat mendamaikan dan menenangkan
fikiran, sedang aku memerhatikan sekeliling tasik yang tenang dan damai ini, tiba-
tiba satu lembaga yang besar keluar dari dalam tasik itu. Aku terperanjat. Beberapa
orang yang tadinya berada ditepi tasik itu, menjerit ketakutan bagaikan diserang
histeria. Mereka lari lintang-pukang. Aku yang tadinya terperanjat, kembali tenang.
Aku mengamati lembaga itu dengan teliti, rupanya ia adalah seekor buaya yang
terbesar pernah aku lihat sepanjang hayat ini.

 
        Panjang buaya itu lebih kurang 7.5 meter manakala lebarnya pula ialah 3 meter
dan mempunyai gigi taring yang sangat tajam. Dalam keadaan yang kelam-kabut,
buaya itu sempat menerkam kaki seseorang. Orang itu menjerit kesakitan. Aku
bagaikan terasa kesakitan yang dialaminya. Aku kaku, hanya mampu berdiri dan
melihat tanpa sebarang tindakan. Buaya itu pula terus mengganas, orang itu sudah
pun menggelupur, tiada tindakan yang dibuatnya. Hanya menunggu ajal maut
mengundang. Orang ramai hanya memikirkan diri sendiri.

 
        Aku cuba menenangkan diri, untuk memikirkan langkah yang perlu diambil.
Sejenak berfikir, aku teringat ada sebuah pondok Jabatan Perhilitan Hutan. Aku
berlari ke sana selaju yang mungkin, dan memberitahu apa yang terjadi di tasik itu.
Beberapa orang pegawai mencapai senapang dan segera menuju ke tasik. Apabila
sampai di tasik, mereka melepaskan beberapa das tembakan ke arah buaya itu.
Buaya itu melarikan diri ke dalam tasik. Orang yang digigitnya dilepaskan. Orang
itu segera dibawa ke hospital. Kawasan tasik itu ditutup buat sementara.

 
        Selepas beberapa hari, buaya itu berjaya ditangkap. Pegawai itu mendakwa
dia tidak pernah melihat buaya sebesar itu dan tidak tahu-menahu bila buaya itu
berada di dalam tasik. Beberapa hari kemudian, tempat itu dibuka semula dan
dijamin keselamatannya.

 
Oleh : Amirul Hidayat (3 K 13)