Buah-buahan Tempatan
 
        Malaysia mengalami iklim khatulistiwa iaitu mengalami iklim panas dan
lembab sepanjang tahun. Keadaan ini sesuai untuk pertumbuhan buah-buahan.
Buah-buahan yang dihasilkan di Malaysia dibahagikan kepada dua jenis iaitu
buah-buahan bermusim dan tidak bermusim.

 
        Buah-buahan yang bermusim ialah buah-buahan yang boleh didapati pada
satu musim tertentu. Durian ialah salah satu contoh buah-buahan tempatan yang
bermusim yang digemari ramai. Ia sangat sedap malah digelar "raja segala buah".
Durian berbentuk bujur dan berduri. Ia berwarna hijau. Baunya berbeza dengan
bau buah-buahan lain. Ada juga orang mengatakan buah durian berbau busuk.
Contoh buah-buahan tempatan lain yang bermusim ialah mangga dan manggis.

 
        Buah-buahan yang tidak bermusim ialah buah-buahan yang boleh didapati
sepanjang tahun. Contoh buah-buahan yang tidak bermusim ialah pisang, tembikai
dan betik. Pisang digemari kerana ia sungguh lazat dan penuh dengan vitamin.
Ia berwarna hijau sebelum masak dan berwarna kuning selepas masak.
Pisang manis. Ia juga digoreng untuk menambahkan kelazatannya. Biasanya
pisang dibeli dalam sesikat.

 
        Buah-buahan tempatan penting kepada negara kita. Banyak buah-buahan
tempatan dieksport ke luar negeri. Kebanyakannya mendapat sambutan yang
menggalakkan kerana lazat dan bervitamin.

 
        Kesimpulannya, buah-buah tempatan mengandungi banyak vitamin dan
zat yang diperlukan oleh manusia. Kita perlu makan banyak buah-buahan
tempatan supaya badan kita menjadi sihat

 
Oleh : Lim Ka Keat (1 K 10)