Keluarga Saya
 
        Nama saya adalah Chooi Chee Hong. Saya berumur empat belas tahun.
Saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Abdullah, Jinjang
Selatan, Kuala Lumpur. Keluarga saya tinggal di Desa Jaya. Saya mempunyai
enam ahli keluarga. Mereka terdiri daripada: saya, bapa, emak, dua orang
kakak dan seorang abang. Hubungan antara kami sangat mesra.

 
        Ayah saya adalah seorang mekanik. Bengkelnya terletak di Jinjang
Selatan. Ayah saya membaiki kereta pelanggan dengan harga berpatutan.
Oleh itu, bapa saya mempunyai ramai pelanggan tetap. Ibu saya pula adalah
seorang suri rumahtangga. Tiap-tiap hari, ibu saya membuat kerja rumah
seperti menyapu lantai, mencuci baju, memasak dan sebagainya. Masakan ibu
saya sungguh enak.

 
        Kakak sulung saya sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak.
Dia adalah seorang jururawat. Dia bekerja di sebuah hospital. Kakak kedua
saya pula adalah seorang pegawai. Dia bekerja di Hotel Vistana yang terletak
di Kuala Lumpur. Masakan hotelnya sangat sedap.

 
        Abang saya masih belajar. Dia juga bersekolah di Sekolah Menengah
Kebangsaan Raja Abdullah, Jinjang Selatan, Kuala Lumpur. Dia adalah pelajar
tingkatan lima. Hobinya adalah bermain bola keranjang. Setiap kali apabila saya
menghadapi masalah dalam pelajaran, kakak dan abang akan memberi tunjuk
ajar kepada saya.

 
        Ayah dan ibu saya sangat menyayangi kami. Saya berasa sangat gembira
dan bersyukur kerana saya mempunyai sebuah keluarga yang bahagia.
Sesungguhnya saya amat mengasihi keluarga saya.

 
oleh: Chooi Chee Hong (TP 7)